• Home
  • About
  • Disclaimer
  • Youtube

Pen Panas

Wednesday, 15 July 2015

Nora Danish Dapat Hadiah Rumah yang Bernilai 7.2 Juta

By Pen Panas  on 12:03  | Bikin Panas La  | No comments 


"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri membeli rumah RM7.2juta untuknya.

Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.

Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.

"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.

Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.

"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.

Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu.

"Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma.

"Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora.

Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya.

"Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'.

Keluarga & kerjaya

Status ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tidak menghalang Nora untuk terus aktif dalam bidang seni apatah lagi ia menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Nora berkata, dia benar-benar bersyukur kerana syarikat pengurusan,  Metrowealth International Group (MIG) banyak membantunya menguruskan jadual dengan baik.

"Biasanya kalau saya terlibat dengan penggambaran selama 20 hari, MIG akan beri saya cuti selama dua minggu untuk bersama keluarga.

"Saya akui menjadi ibu tunggal agak susah juga untuk saya membahagi masa antara keluarga dan kerjaya tetapi Alhamdulillah kerana MIG banyak mempermudah jadual saya.

"Malah jika saya sibuk, ibu saya juga banyak tolong menjaga Rayqal dan adakalanya bekas suami dan bekas keluarga mertua juga bantu menjaganya," katanya.

Bukan sahaja sukses dalam kerjaya seni, aktres itu juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan hidup dalam tempoh lima tahun akan datang dengan berhasrat memperluas perniagaan bedak sejuk ‘Tanaka’ selain berharap sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sempurna.

"Buat masa ini perniagaan bedak sejuk itu saya jalankan secara kecil-kecilan melalui laman sosial Instagram dan Alhamdulillah sambutan memang bagus.

"Jadi saya rancang untuk melancarkannya tidak lama lagi secara besar-besaran dan pada saya bila produk itu bagus, tidak salah untuk saya kongsi dengan semua orang.

"Selain itu, tentu sekali saya berharap untuk membina sebuah keluarga sempurna apatah lagi lima tahun akan datang, usia saya dah 35 tahun, jadi saya berharap mempunyai anak lagi," katanya.

Anak emas MIG?

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Nora memberitahu, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam, sebuah filem seram arahan Eyra Rahman.

Katanya, filem tersebut memperlihat gandingan ketiganya bersama aktor kacak, Farid Kamil.

"Sudah seminggu saya jalani penggambaran filem ini dan sebagai pelakon apa yang boleh saya katakan, filem ini amat seram dan ia akan ditayangkan tahun depan," katanya.

Melihat kepada limpahan tawaran dari syarikat pengurusannya, ada yang berbisik mengatakan Nora kini menjadi anak emas MIG kerana sering menjadi pilihan untuk membintangi filem terbitan syarikat itu.

"Eh tidaklah! Tidak adil mengatakan saya anak emas MIG sedangkan artis lain seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam turut mendapat peluang sama rata dan David Teo sendiri tidak pernah bersikap pilih kasih.

"Biasanya MIG akan lihat pada kemampuan artis, jadi jika sesuai dia akan tawarkan pada artis tersebut itu dulu, cuma bezanya adalah dari segi liputan diterima," jelas Nora.

Duta Fruitale

Sementara itu, Nora ketika ditemui pada pertandingan pencarian Bintang Fruitale Pertama di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, kelmarin menjelaskan dilantik menjadi duta Fruitale selama setahun.

Selain mempromosi produk tersebut, dia juga menjadi mentor bagi peserta serta bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan itu.

"Saya buat keputusan memilih Fatin Atiqah sebagai pemenang kerana sejak awal lagi dia paling menyerlah dan memiliki  gaya persembahan yang baik.

"Selain itu dia juga amat berbakat dan kami sebulat suara menobatkan dia sebagai juara," jelasnya.

Nora berkata, Fruitale kini sudah memperbaiki produk mereka dengan lebih wangi dan berkualiti.

“Saya suka pertandingan Transformasi Bintang Fruitale ini kerana ia beri peluang kepada semua gadis memperbaiki penampilan dan keyakinan diri, sekalgius menerima nasihat profesional mengenai apa yang sesuai untuk mereka.

"Saya gembira dapat berkongsi tips dan nasihat berguna kepada mereka, terutamanya mengenai Fruitale dan manfaatnya," katanya yang juga menjadi duta Mamee dan Uniqlo.




from PenPanas
  • Share This:  
  •  Facebook
  •  Twitter
  •  Google+
  •  Stumble
  •  Digg
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook
Newer Post Older Post Home

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Popular Posts

  • (GAMBAR) CIKGU AISHAH DIKUTUK KERANA BERPAKAIAN SEKSI
    Kalau sebut namanya Puteri Aishah Sulaiman , mungkin ramai yang tidak kenal. Tetapi kalau sebut Cikgu Aishah , ramai rasanya tahu siapa. Kis...
  • WAJIB BACA!! Cara Mematahkan Sihir Penunduk.
    Bismillahirrahmanirahim, Masa aku kecik-kecik dulu, masa tingkatan 3 to be specific, ramai kawan-kawan aku yang pergi tiusyen. Aku tak p...
  • Cara mudah nak jual duit lama - Masyukkk!
    Saya telah membuat infografik untuk post ini bagi memudahkan anda faham tentang cara-cara menjual duit lama anda. Anda boleh memuat turun in...
  • 6 Foto Koleksi Kereta MEWAH Jep Sepahtu Yang MENGEJUTKAN Kita Semua
    Siapa tidak kenal dengan Jep Sepahtu nama yang semakin meningkat naik dalam seni hiburan tanah air, kumpulan Sepahtu menduduki tempat ke 2 d...
  • 6 Gambar : Siapakah Aruni Ashikin Ramli wanita cute kini P-elacur ?
    USTAZ LANGGAN PELACUR DIBULAN PUASA - SIAPA ZARA? Assalamualaikum... Dulu saya pernah tulis tentang wanita ni.. dia bergiat aktif...
  • Video sah kan Zara benar wujud !
    Beberapa minggu sebelum ini, kita dikejutkan dengan pendedahan seorang p-elacur berbangsa Melayu yang dilihat amat berani ‘mempromosikan’ d...
  • 4 Gambar : Bikin malu, Gadis ini bangga lukis body paint sambil b-ogel ?
    Beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial yang mana seorang gadis bertudung dengan bangga nya berb-ogel sambil di lukis tatoo ( ...
  • Gadis Bertudung Main Gym Dan Bangga Bila Lelaki Komen
    Huh!! Nilaikan Sendiri from PenPanas
  • PENYANYI ASFAN DITUMBUK ADIK IPAR DI KLIA?
    Penyanyi Asfan telah mengesahkan dipukul pelakon Bil Azali ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu. Kej...
  • Luahan Perasaan Sangat Menyentuh Hati Pasangan Ini Yang Disimbah Asid Tanpa Sebab
    Sedih kami bila melihat keadaan pasangan ini yang disimbah asid bersama pasangannya tempoh hari, tiada sebarang musuh mahupun kawan mas...

Blog Archive

  • ▼  2015 (2377)
    • ▼  Jul (635)
      • Keluarga Suspek Curi Lembu Mahu Lantik Peguam
      • 10 Gambar : Nor Albaniah tetap cantik dan S-eksi d...
      • Subahanallah Syeikh Abd Muin mengadap Illahi dalam...
      • Saya Rela Di Gugur Demi Rakyat : Muhyiddin Yassin
      • Petanda Buruk Bila Muhyiddin & Gani Di Gugurkan: A...
      • Polis Panggil 4 Pelajar Senior Buli Adik Almy Nadia
      • TERKINI!!! Kenyataan Media TS Muhyiddin Yang Membu...
      • RAHSIA! Inilah TS Muhyiddin Yassin Yang Ramai Tida...
      • Kisah Remaja Bertatu Ini Kembali Ke Pangkal Jalan ...
      • Identiti model melayu tanpa seurat benang terdedah
      • 'Masa Kami Bersama Abah Akan Semakin Berkurangan'
      • Pengguguran TS Muhyiddin Boleh Memusnahkan Parti
      • 'Muhyiddin Sengaja Cari Nahas' - Nazri
      • Kerap Dukung Siti Saleha, Aaron Aziz Akui Alami Sa...
      • Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktr...
      • Mimi ONE Telah Kahwin Tapi Belum Jalani Kehidupan ...
      • Akui Diri Khunsa!!! – Adam Warren Fernandez Perlu ...
      • Seksa Khunsa Muslim! Terpaksa Berbengkung, Dicemuh...
      • Pertemuan Dengan Tun M Bincang Dakwaan 'Salah Laku...
      • Maut Jatuh Kereta, Bukan Kerana Bergaduh
      • Hanez Suraya Kunci Mulut Gosip Rumah Tangga Bermas...
      • Video : Muhyiddin Dedah Najib Terima Duit Dari Mid...
      • Video : Gempar Menara 2 Pejabat Siasatan Jenayah B...
      • TERKINI!! Punca Sebenar Kebakaran JSJ Bukit Aman!!
      • Video sah kan Zara benar wujud !
      • 10 Gambar : Serpihan yang dipercayai pesawat MH370...
      • Wanita ini di kecam kerana DOWNRAGE Kredibiliti le...
      • Kisah pasangan bawa Cik Putih ke Masjid mengejutkan !
      • Gambar Menara Polis Bukit Aman Terbakar
      • Gambar: Serpihan Pesawat MH370 Di Temui?
      • Malaysia Hantar Pasukan Kenal Pasti Serpihan MH370...
      • Perlu tahu kenapa love bite merbahaya !
      • 4 Gambar : Gadis berniqab kerja pengimpal jadi per...
      • Gadis hampir di perkosa dan menjadi mangsa rompak ...
      • Lengan Budak Setahun Hancur Tersepit Eskalator
      • Pecat Najib Atau Muhyiddin??
      • Kenyataan 'Menciut Hati' Ahmad Maslan Berkenaan Ke...
      • "Orang Tanya Saya BN Boleh Menang Tak Esok? Saya K...
      • MENGEJUTKAN!! MH370 KINI DITEMUI & INI SEMUA ADALA...
      • Wajah wanita kejam kerat bayi 8 bahagian dihukum
      • MH370: Bagasi Rosak Di Temui Dekat Serpihan Sayap ...
      • MH370: Laporan Awal Serpihan Sayap Mungkin Dari Bo...
      • Saya Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan - Mukhriz M...
      • Tan Sri Kadir Bidas Pihak Sebar Video Pertemuannya...
      • 3 Gambar : Mawar Rashid dan kekasih berpelukan di ...
      • Zara gegar lagi tunjuk bukti gambar dato enak tidu...
      • Mayat Ustazah guru al-quran di jumpai mati dengan ...
      • Abam Bocey Nafi Bercumbu
      • Catatan Akhir Seorang Pelajar
      • RM41.60 Sebulan Sudah Cukup Untuk Tampung Perbelan...
      • TERKINI!!! Ahmad Maslan Beri Amaran Keras Kepada M...
      • Foto-Foto Emma Maembong Kini Tampil Dengan Imej Be...
      • 4 Gambar : Agnes Monica tayang peha sado nya di me...
      • Kemenangan Sementara Najib. Najib Bakal Dijatuhkan...
      • Bapa Runsing, Tarikh Bertolak Ke China Untuk Pembe...
      • Pekerjaan Artis Terkenal Sebelum Mereka Jadi Artis...
      • Ramai Wanita Yang Tidak Sah Solatnya. Kenapa???
      • TERKINI!! Harga Minyak Naik Lagi Bermula 1 Ogos.
      • LELAKI WAJIB TAHU!! Tanda-Tanda Perempuan Yang Ker...
      • Lelaki Di Dakwa Bunuh Jurutol
      • MH370: Cari Siput Terjumpa Sayap Pesawat
      • MH370: Selepas Bagasi, Botol Minuman Pula Di Temui
      • Mukhriz Jemput Muhyiddin & Shafie Rasmi Mesyuarat ...
      • AL-FATIHAH Buat Pelakon Cantik Jue Aziz.Semoga Roh...
      • 'RM2.6 BILION DALAM AKAUN NAJIB BUKAN ISU BESAR'
      • HARGA RON95, RON97 & DIESEL TURUN 10 SEN
      • Putus Cinta: Sharnaaz Ahmad Akui Langsung Tak Kecewa
      • Wanita Bangga Bercerita Mengapa Dia Lebih Memilih ...
      • TERKINI!! Rosmah Akan Singkirkan Gabenor Bank Nega...
      • MH370: Serpihan SAH Milik Boeing 777
      • 11,174 Aksesori Klon Bernilai RM150,990 Di Rampas ...
      • Pakar Australia Semakin Yakin Serpihan Dari Pesawa...
      • Teritip Pada Pesawat Lekat Setahun Lalu
      • 4 Gambar : Gadis mohon individu tidak dikenali hen...
      • Bercakap Tentang 1MDB Adalah Satu Jenayah - Tun M
      • MENGEJUTKAN!! ERRA FAZIRA DEDAHKAN PUNCA SEBENAR B...
      • EKSKLUSIF & TERKINI!! GABENOR BANK NEGARA, ZETI AZ...
      • Wanita ini mahu bayar 6k untuk Air Mani ?
      • (34 Gambar) 10 Artis Malaysia BertudungYang Sangat...
      • Bayi dalam kandungan meninggal akibat makan durian
      • Wanita Kongsi Kisah Dari Mula Kenal Pensyarah 'Ker...
      • Isteri Dilayan Seperti Orang Gaji
      • Tunjuk Sijil Nikah Sebelum Sewa Bilik Hotel
      • Sofea Ilias Si Jutawan Mak Nyah Ini Menipu Duit Or...
      • ‘Israel, Negaranya Bersih’ – Mawi Kongsi Pengalama...
      • Sekian Lama Bercinta, Akhirnya Anis Dan Sharnaaz A...
      • VIDEO: Seorang Lelaki Dibelasah Rakan Selepas Ditu...
      • MH370: Serpihan Disahkan Dari Boeing 777
      • Netizen Bengang Dengan Gambar Berpelukan Mawar Ras...
      • Ibu Saya Sedang Hamil Maut Ditembak Komunis - Othman
      • Abby Abadi Umum Kahwin Kali Ketiga
      • Zara Zya Akui Lebih Sesuai Watak Gadis Kampung
      • Lelaki Chile Terselamat Jatuh Apartmen 17 Tingkat
      • Saman Syarikat Penerbangan, Duduk Sebelah Penumpan...
      • Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa
      • Gadis Comel Ini Mohon Individu Tak Dikenali Henti ...
      • Iklan Raya Petronas Papar Perselisihan Adik-Beradi...
      • Pelajar Ini Kongsi Pengalaman Menakjubkan Tentang ...
      • KPDNKK Serbu Plaza Low Yat & Rampas 11,174 Aksesor...
      • ‘Doa Kepada Tun Dr Mahathir’ Oleh Peguam Ini Memba...
    • ►  Aug (1014)
    • ►  Sept (728)

statistics

Sparkline

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas