Friday, 24 July 2015

“4 by 1, Korang Rasa!!!”- Almy Nadia Mengamuk Adiknya Dibelasah Teruk Oleh Senior

Makin menjadi-jadi kes buli dan pukul pelajar di sekolah sekarang sehingga ada yang tersebar di media sosial. Baru-baru ini pelakon Almy Nadia ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Sekolah Menengah Penang Free School kerana adik bongsunya menjadi mangsa buli disana.

Difahamkan, hanya kerana keluar makan pada waktu malam adik bongsunya di belasah oleh senior seramai empat orang. Ini luahan geram Almy yang lebih lanjut menceritakan perkara sebenar berlaku kepada adiknya.


Memang Penang Free School Ni Budak Dia Jahat Ka?

almynadia86Tgh2 malam ni aku dpt berita yg adik aku kena pukul dgn bdk senior asrama SEK MEN PENANG FREE SCHOOL .. Adik aku bdk asrama,puncanya senior tak puas hati sbb adik aku ni ramai yg dok jg .. Yg aku marah sgt kes buli tak habis2 .. 4 lawan 1.. Adik aku. Baru tingkatan 1 dah kena pukul dgn budak tingkatan 5 seramai 4 org.. MEMANG PENANG FREE SCHOOL NIH BUDAK BUDAK DIA JAHAT ka??? Bgtau mai sat.. Cc @kementerian @pdrm

Apa yang membuatkan Almy bertambah bengang apabila pihak atasan tidak ambil kisah tentang kes tersebut.

almynadia86Kejadian adik aku kena pukul terjd pd hari rabu malam.. Puncanya adik aku dgn kawan2 seramai 17org keluar g cari makan sbb lapar.bdk2 lelaki.kuat makan kan.. Tambah pulak duduk asrama.. Jd seramai 16 org kena pukul dgn senior yg umur 17 tahun secara 1 by 1 tp adik aku pulak lain 4 by 1 KORANG RASA!!!!!! Jd harini adik aku call mak,bgtau kejadian igtkan sikit.mak aku bising igt salah adik aku,tp nak jdkan cita adik aku takmau bgtau mak tp mak kawan adik aku call bgtau mak aku yg adik aku paling teruk kena pukul dgn senior.terus mak aku skrg bergegas pergi ke SEKOLAH MENENGAH PENANG FREE SCHOOL .. Ambiq adik aku terus g hospital n balai buat report.. Yg aku marah PENGETUA,CIKGU,WARDEN memang jenis tak ambiq port ka psl kes kes buli nih.. Inilah benda paling aku takut terjadi.akhirnya terjadi dekat family aku.. Aku nak sgt pihak sek ambil tindakan#kementerianpelajaranmalaysia cc@najib_razak @khairykj @fizzfairuz#polisdirajamalaysia

Tambahnya laporan polis telah dilakukan pemeriksaan kesihatan sedang dijalankan, Almy juga bertegas untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan jika apa-apa berlaku keatas kepada adiknya

almynadia86Cukup sy melihat kes buli sek2 nih sampai ada yg mati.. Tp yg pembuli tetap tak serik.cikgu tetap vogue dtg sek.tetap kacak hensem bergaya dtg sek mcm tak ada mslh .. Sy taknak jd apa2 pd adik bongsu sy.jk terjd apa2 pd adik bongsu sy.sy akan bawa sek ini kemuka pengadilan .. Jd pd pengetua .cikgu2 PENANG FREE SCHOOL tolong ambil perhatian.. Sy tahu pengetua,cikgu2 ni just tak ambil port sbb nak jg nama sek tp skrg sorry yer sudah kena pd adik sy .. Adik almy nadia adik ipar kepada fizz fairuz.. Jd tolong ambil perhatian


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas