Saturday, 5 September 2015

Sayu : Pelumba basikal wanita negara di gilis van pengiring (3Gambar)

Pelumba basikal pelapis kebangsaan, Nur Rozi Yanti Mat,17, di langgar dan digilis van pengiring beliau dalam kemalangan selepas tamat latihan di Putrajaya, pagi tadi.

Jurulatihnya, Sood Hussin mengesahkan kejadian itu dan Nur Rozi Yanti kini dirawat di Hospital Kajang dan berada dalam keadaan keritikal.


"Kejadian berlaku selepas tamat latihan. Kami dalam perjalanan pulang ke Majlis Sukan Negara.

"Dia terjatuh dan van pasukan yang berada di belakang melanggarnya kerana tidak sempat mengelak," katanya.


Pelumba kelahiran Selangor berusia 17 tahun itu dilanggar van pengiring pasukan. Rozi ketika ini sedang menjalani di Unit Rawatan Rapi Hospital Kajang dan mengharapkan bantuan pernafasan. 

Keluarga Roziyanti dipercayai sudah tiba di hospital Kajang sama-sama kita doa kan semoga beliau cepat sembuh dan lepas zon kritikal.


from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas