Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR)
Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. – Foto AP
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
from PenPanas
Related Posts:
udak 11 Tahun Jadi Wira Keluarga, Tumpaskan 2 Dari 3 PenjenayahBudak 11 Tahun Jadi Wira Keluarga, Tumpaskan 2 Dari 3 Penjenayah | Kelicikan tiga penjenayah yang cuba merompak sebuah rumah di Kampung Budiman, Meru,… Read More
(15 GAMBAR) RAJA FARAH MANDI BUNGA DI MALAM BERINAI6 September 2015 merupakan tarikh bermakna kepada pelakon Raja Farah Aziz yang akan melangsungkan hari pernikahannya. Baru sahaja mengikat t… Read More
Status Khas Buat Mereka Belum Punyai Anak..'Percaturan Allah Tak Pernah Silap..' Percaturan Allah Yang Tak Pernah Silap! Status ni buat pasangan suami isteri yang masih blum mmpunyai cahaya mata. Kadang2 kita slalu … Read More
"Aku Pondan Cantik ! Pakai Tudung Cantik ! Tak Pakai Tudung Cantik !" - Nur Sajat cakap saja nama MissKepoh mula lah artis-artis Malaysia tidak senang duduk kerana individu ini adalah yang terkenal dalam memberi komen panas jika a… Read More
KEMASKINI EDISI BONGKAR MH370 : Pesawat disembunyikan di Ukraine dan ditampal bendera palsu ?! Pembongkaran ini ditulis oleh Facebooker Terkenal Azahar Zanudin #MH370 ditampal stiker bendera palsu dan krisis di Ukraine. 4hb.Ogos.2015.… Read More
0 comments:
Post a Comment