Friday, 4 September 2015

RAJA FARAH NIKAH ESOK, BEKAS SUAMI DOAKAN KEBAHAGIAAN

pageBekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian Raja Farah yang bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini. Megat berkata, Raja Farah layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa. Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia hadir atau tidak pada majlis tersebut. Dalam pada itu Megat turut meminta agar masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka.

“Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya… cukuplah dengan doa dan harapan pada dia,” ujarnya.



from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas