'Kau Nak Pandang Aku Semacam Pulak ! Macam Aku Hisap Dadah Pulak ! Jubo !'
BATU CAVES - Seorang lelaki memuat naik kenyataan biadab terhadap dua gadis di laman Facebook kerana tidak selesa dipandang semacam.
Lelaki yang bernama Muhd Nur Ridzuan, memuat naik gambar dua gadis terbabit yang duduk di meja yang tidak jauh daripadanya di sebuah kedai mamak dengan caption di bawah:
"Kalau nak study, pergi balik rumah. Pergi dok mamak buat apa? Orang hisap vape, asap angin tolak kena kau. Kau nak pandang aku semacam pula? Macam aku hisap dadah pula. Juboo," katanya.
Justeru, screenshot kenyataannya itu tersebar dan dikritik netizen. Tindakannya itu menyebabkan bertambah bencinya masyarakat terhadap pengguna rokok elektronik.
"Mamak ini milik semua. Orang lepak kedai mamak sebab nak makan dan guna kemudahan WiFi. Kalau nak hisap vape, sila pergi kedai vape," kata netizen.
"Nak hisap vape, pergi duduk di rumah. Kau sembur asap sana sini kau ingat kedai mamak tu bapak kau punya ke? Ambil gambar, muat naik di group Vapor Malaysia Open Group, tetapi akhirnya memalukan diri sendiri," kata Zul.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment