"Kalau begini soalan UPSR, Guru Sains pun belum dapat A"- Rintihan Cikgu
Gambar sekadar hiasan |
SEPERTI yang kita ketahui, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 telah tamat secara rasmi semalam.
Namun, muncul beberapa cerita kurang enak apabila seorang guru mempertikaikan soalan UPSR bagi subjek Sains tahun ini yang disifatkan sukar dan di luar kemampuan murid untuk menjawabnya.
Dia yang juga merupakan guru Sains itu meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya berkenaan isu itu menerusi aplikasi WhatsApps sebelum mesej tersebut menjadi viral di media sosial.
Menurut guru yang tidak diketahui namanya ini, dia yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan mengenai Sains juga tidak mampu menyelesaikan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sediakan untuk murid Tahun 6.
Dakwanya, penyediaan soalan UPSR bagi subjek Sains kali ini jelas membuktikan kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam merubah sistem peperiksaan kebangsaan.
P/S : Semoga kes ini diselesaikan serta merta...
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment