Tuesday, 8 September 2015

BAKAL SERTAI SEPAH SEMULA – MAMAT TAMPIL BERI PENJELASAN

Pelawak dan penyampai radio Ultra FM, Mamat Sepah menjawab khabar angin yang mengatakan dia bakal bergabung semula dengan Jep dan Shuib seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini. Menurut Mamat tiada perbincangan lanjut antara mereka bertiga mengenai penubuhan kumpulan Sepah setelah sekian lama mereka berpecah.

mamat sepah“Tidak dinafikan saya masih rapat dengan mereka berdua. Kami masih lagi lepak bersama tetapi bukan dengan tujuan tertentu. Tiada perbincangan lanjut antara kami mengenai penubuhan semula kumpulan Sepah.

“Saya sendiri tidak boleh beri komen mengenai perkara ini. Mungkin kerana penampilan saya tempoh hari di Anugerah Lawak Warna  bersama kumpulan Sepahtu di atas pentas yang membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya,” jawab Mamat.

Jelas Mamat, dia turut menafikan dakwaan penubuhan semula kumpulan Sepah sebagai persediaan untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega yang akan datang.

“Kalau nak cerita mengenai program Maharaja Lawak Mega, ianya sesuatu yang besar. Macam saya cakap tadi, saya dan ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan Shuib tiada perbincangan lanjut mengenai perkara ini,” jelas Mamat ringkas.

Dalam pada itu, Mamat mengakui kini lebih selesa fokus dengan kerjayanya sebagai penyampai radio di Ultra FM bermula setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi.

“Fokus saya kini hanya sebagai penyampai radio di Ultra FM gembira kerana dapat berinteraksi dengan peminat dan pendengar secara langsung,” katanya. [sumber: Astro Gempak]

Diharapkan Mamat benar-benar kembali bersama Jep dan Shuib selepas ini kerana lawak yang dibawa oleh Sepah dulu memang berkesan jika mereka bertiga bersama.



from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas