Tuesday, 8 September 2015

ABAM BOCEY TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” kata pelawak Abam Bocey yang terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Gombak pagi tadi.

abam-bocey-terlibat-dalam-kemalanganDalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan. Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Memetik sumber Harian Metro, Abam berkata, ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Firdaus dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara.

abam-bocey-kemalangan“Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan,” katanya.



from PenPanas

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © 2025 Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas