"Saya Tak Pernah Jerit Melayu Tak Guna"- Pemandu Wira Bangsa Cina Yang Dibelasah
Masih ingat lagi pada kejadian dimana dua orang lelaki Cina dibelasah sekumpulan orang sehingga berdarah dan keretanya rosak?
Tampil seorang kenalan lelaki itu, Amirul Hanafi Abdullah, mendedahkan mangsa adalah seorang rakannya.
"Rupanya mangsa yang kena serang oleh perusuh (bangsa Melayu) adalah member gaming aku. Baru tahu sekarang. Tapi respect dia. Walaupun kena tibai dengan Melayu, tetapi masih update status agar tidak bersikap rasis. Gambar kereta ini viral. Tak sangka kena pada member sendiri. Dia dan dua orang member dia masuk hospital selepas kejadian. Sekarang tinggal seorang di hospital." katanya.
Baca luahan Patrick Lim, mangsa rusuhan insiden Low Yat pada Ahad lalu:
"Selepas kejadian itu, saya pulang ke rumah dan mandi untuk cuci darah yang memenuhi badan saya. Seluruh badan saya rasa sakit. Nak baring, nak tidur pun susah. Hanya mampu baring mengiring sahaja. Saya pergi ke sidang media itu untuk bertanyakan rakan saya, namun saya kehilangan kereta saya.
"Akibat dari perbuatan mereka, saya mengalami kesukaran untuk makan. Kenapa tidak kita hidup dalam satu negara dan bersatu bersama-sama?
"Ramai orang tanya saya, apa yang saya fikirkan selepas kejadian itu. Di saat mereka memukul saya di bahagian kepala dan disertai pula oleh mereka yang lain bertindak memecahkan tingkap kereta serta buka pintu kereta, saya dan rakan saya cuba sedaya upaya melindungi bahagian kepala masing-masing tanpa melawan mereka kerana jumlah mereka terlalu ramai.
"Ada di antara mereka menggunakan helmet, besi keluli dan beberapa senjata tumpul yang lain.
"Saya fikir, saya akan mati pada malam itu, saya hanya memikirkan keluarga dan orang yang saya sayang.
"Selepas kejadian itu, saya dihantar ke hospital. Saya segera bertanyakan tentang keadaan dua orang lagi rakan saya yang turut menjadi mangsa rusuhan itu.
"Pemeriksaan doktor mendapati saya hanya cedera ringan namun ada bahagian yang mengalami luka serius yang perlu dijahit," katanya.
Mengenai dakwaan dia dikatakan menjerit "MELAYU TAK GUNA!", Patrick menafikan tuduhan liar itu.
"Betul ke diorang kata you jerit MELAYU TAK GUNA dan disebabkan itu you kena pukul? Boleh cerita sikit?" tanya netizen.
"Saya tak ada buat macam itu. Contoh, kalau you. Ada 80+ orang berkumpul di sekeliling you, ada berani nak cakap macam ini tak?" katanya lagi.
"Saya dengan kawan-kawan saya pergi kedai mamak minum teh di mamak Tinker belakang Time Square. Sampai jam 3, kita nak balik rumah. Tiba-tiba kita di jalan raya sebelah Time Square itu, nampak banyak orang di tepi jalan dan banyak kereta dengan motosikal. Ramai oranglah. Kereta kita yang pertama lalu di situ.
"Kemudian saya nampak ada sekumpulan lelaki berada di depan memberhentikan kenderaan saya. Dia tengok saya, buka pintu kereta saya dan tanya, 'awak orang Cina ke?'.
"Dia tanya saya tinggal di mana, saya jawab Ampang la. Dia terus tumbuk muka saya. dan terus serang kami," katanya.
Jelas Patrick lagi, dia mempunyai ramai kawan Melayu dan hubungan Patrick dengan rakan-rakan Melayunya juga baik.
Berikutan itu, ramai yang menghubungi Patrick sama ada melalui Facebook ataupun WhatsApp bertanyakan tentang keadaannya. Salah seorangnya ialah Reza Salleh.
Berdasarkan screenshot perbualan mereka, Reza meluahkan rasa kesal dan marahnya terhadap apa yang berlaku pada Patrick.
Perkongsian luahan Patrick Lim ini bukan mahu berpihak kepadanya, tetapi fikirlah sebaik-baiknya apakah perlu tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan seperti itu?
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment