Wajah wanita kejam kerat bayi 8 bahagian dihukum
Kubang Pasu : Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan ke atas seorang wanita selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya dengan mengerat dan membuang bayi itu ke dalam tandas, awal bulan ini.
Keputusan tersebut dibacakan oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim terhadap tertuduh, Farihah Abd Aziz, 31.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotong bayi berkenaan kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu antara pukul 1 hingga 3 petang dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra, pada 6 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria. - UTUSAN ONLINE
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment