Hanez Suraya Kunci Mulut Gosip Rumah Tangga Bermasalah
TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba heboh jadinya apabila muncul dakwaan rumah tangga pelakon Hanez Suraya dengan suaminya Romie Razin Adilha dikatakan sedang mengalami masalah.
Berita ini sekali gus mengejutkan peminat hiburan apatah lagi usia perkahwinan pasangan selebriti ini baru mencecah empat bulan dan Hanez kini sedang hamil.
Difahamkan, khabar ini timbul apabila Hanez dilihat memuat naik beberapa perkongsian gambar meluahkan perasaan sedihnya menerusi laman Instagram baru-baru ini.
Diminta mengulas dakwaan itu, Hanez berkata, dia tiada apa hendak diperjelaskan selain perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka.
“Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.
“Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah,” katanya kepada mStar Online.
Jelas pelakon Mr. Arrogant ini lagi, dia bimbang jika komennya akan disalah anggap oleh sesetengah pihak dan boleh mendatangkan masalah lain kelak.
Bagi Hanez, fokusnya kini hanyalah ingin menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak tiri selain menjaga kandungannya yang sudah memasuki usia empat bulan.
from PenPanas

0 comments:
Post a Comment