Thursday, 30 July 2015

Tan Sri Kadir Bidas Pihak Sebar Video Pertemuannya Dengan Muhyiddin

Tan Sri Kadir Bidas Pihak Sebar Video Pertemuannya Dengan Muhyiddin | Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir membidas pihak yang menyebarkan video perbualannya dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Kadir Bidas Pihak Sebar Video Pertemuannya Dengan Muhyiddin

Katanya, perbuatan menyebarkan rakaman video perbualan peribadi itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

“Itu hanyalah perbualan peribadi di antara saya dan dia (Muhyiddin) mana boleh dirakam kemudian disebarkan. Apa-apa sahaja perbualan peribadi, adalah tidak baik untuk kita dedahkan kepada orang ramai.

Saya Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan - Mukhriz Mahathir

“Memang saya ada dalam video itu, tetapi saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tindakan curi-curi rakam perbualan peribadi kemudian sebarkan pula adalah tindakan yang tidak baik,” katanya ketika dihubungi FMT.

Dalam rakaman video yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita, mendedahkan bahawa Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan wang jutaan ringgit telah dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun Muhyiddin dalam video tersebut menyatakan bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

sumber
http://ift.tt/1LZSrTP


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas