Friday, 31 July 2015

4 Gambar : Gadis mohon individu tidak dikenali henti guna gambarnya

Seorang gadis memohon agar individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak dikenalinya berhenti daripada menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan gambarnya di laman sosial.
Menerusi statusnya di laman facebook, dia telah memuat naik dua buah gambar yang menunjukkan gambar asal yang digunakan serta gambarnya yang telah disunting.
Gambar asal gadis sebelum disunting.
Gambar asal gadis sebelum disunting.
Gambar gadis selepas disunting lelaki yang tidak dikenalinya.
Gambar gadis selepas disunting lelaki yang tidak dikenalinya.
Tidak ketahui apa tujuan sebenar lelaki tersebut bertindak sedemikian namun apa yang pasti perkara itu telah menjatuhkan maruah serta memalukan dirinya sebagai seorang wanita bertudung.
Dia mendakwa bahawa lelaki yang menggunakan gambarnya itu lansung tidak dikenalinya dan memohon agar memadamnya semula supaya tidak menimbulkan fitnah.
wm2
Assalamualaikum. Saya nak minta tolong if siapa-siapa yang tengok this picture dekat mana-mana laman sosial please don’t judge me wrongly. Gambar ni memang totally edit by this stupid man.
Awak yang buat gambar saya ni saya minta tolong PADAM! Tolong jangan nak main-mainkan gambar orang lain.
Saya tak kenal awak langsung tambah la nak bergambar dengan awak please behave yourself. Awak dah memalukan saya dan jatuhkan maruah saya. Tolong hormat privasi saya dan maruah saya.
Jangan nak cari publisiti murahan dengan gunakan gambar orang lain. Don’t make me do a report. Thank you.
Gadis tersebut juga memberi amaran supaya menghormati privasinya sebelum laporan polis dibuat. Lumrah zaman sekarang, sesiapa sahaja boleh menyalahgunakan gambar orang yang tak dikenalinya untuk tujuan tertentu.
Khusus bagi gadis melayu yang bertudung, dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan di laman sosial serta kurangkan memuat naik gambar yang boleh mendatangkan fitnah. – MYNEWSHUB.CC


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas