'Masa Kami Bersama Abah Akan Semakin Berkurangan'
Selepas diumumkan sebagai pengganti Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima banyak kritikan dan makian dari netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Namun, dalam diam, ada individu yang memerhati, membaca dan terasa dengan kenyataan netizen yang dianggap melampaui batas.
Nurul Hidayah binti Zahid, anak kepada Zahid Hamidi, meluahkan rasa terkilan serta rasa kecewanya di laman sosial yang sudah cukup membuatkan anda faham betapa runtuhnya hati seorang anak apabila bapa kesayangannya dicerca oleh orang ramai.
"Abah, betapa orang sedang menyanjungmu, memujimu, memakimu, menyumpah seranahmu, kau tetap suami, Abah, Grandpa kami.
"Tetaplah dengan istiqamahmu, janjimu kepada Maha Pencipta.
"Sebagai anak, bukan status yang kami pandang. Abah tetap Abah. Pandanglah tanggungjawabmu dengan 'mata hati'. Kami redha akan perkongsian Abah dengan tanggungjawab yang digalas.
"Masa kami bersama dengan Abah akan semakin berkurangan. Ketentuan Allah tidak terjangkau dek akal. Pesan Abah ikut rasmi padi 'makin berisi tambah menunduk' akan kekal sehingga akhir hayat kami.
"Tahniah Abah, ini suatu amanah dan ujian Allah. All the best and semoga Allah memberi kekuatan iman, taqwa, tabah dan sabar pada Abah," katanya
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment