Friday, 31 July 2015

Putus Cinta: Sharnaaz Ahmad Akui Langsung Tak Kecewa

Putus Cinta: Sharnaaz Ahmad Akui Langsung Tak Kecewa | Sharnaaz Ahmad mengesahkan sudah putus hubungan dengan kekasih hatinya yang juga aktres, Anis Al-Idrus.

Putus Cinta: Sharnaaz Ahmad Akui Langsung Tak Kecewa

Pelakon filem Juvana itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Global Station Sdn. Bhd. di sini, malam tadi menjelaskan sudah putus hubungan sebagai pasangan kekasih dengan Anis sejak empat bulan lalu.

Menurut Sharnaaz, walaupun dilihat bersama ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular BH, di Genting Highland, April lalu, dia mengakui hubungan mereka ketika itu sudah bermasalah.

"Saya enggan komen panjang mengenai perkara itu. Jujur saya langsung tidak berasa kecewa atas apa yang berlaku.

"Sekarang ini saya mahu tumpukan perhatian kepada kerjaya seni dan perniagaan yang sedang diusahakan.

"Saya mahu bergelar jutawan sebelum usia mencecah 30 dan itu yang akan saya beri perhatian sekarang," katanya.

sumber
http://ift.tt/1fOPsQe


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas