Monday, 13 July 2015

Pengalaman Pembeli Di Tipu Peniaga Low Yat

Pengalaman Pembeli Di Tipu Peniaga Low Yat | Nampaknya insiden pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat semalam menggemparkan negara ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.

Pengalaman Pembeli Di Tipu Peniaga Di Low Yat

Kejadian itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan beserta komen termasuk yang berbentuk perkauman.

Isu ini kini menjadi trending, malah ada yang meluahkan pernah terkena kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.

‎Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.

“Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar satu kepada satu kalau rosak.

“Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan 'local warranty'. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI,” ujarnya.

Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.

“Hendak pergi Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa spesifikasinya, ... berapa anggaran harga,” tulisnya di laman mikro Twitter.

Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.

“Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.

Seorang pemilik akaun Facebook berkongsi pengalaman pernah menyelamatkan sepasang suami isteri yang hampir ditipu ketika sedang melakukan pembelian komputer riba di plaza berkenaan.

Hanya dikenali sebagai Aizuddin, dia simpati melihat suami isteri berkenaan tiba ke plaza itu untuk membeli komputer riba bagi diberikan kepada anaknya yang baru masuk ke universiti.

Aizuddin berkata, pasangan tersebut yang tidak mahir perihal gajet elektronik pergi  ke kedai terbesar di plaza itu.

“Salah seorang pekerja di situ menerangkan spesifikasi komputer riba yang dinginkan. Pekerja itu cuba menipu dengan menawarkan komputer riba menggunakan perisian lama pada harga RM1,500.

“Saya  memanggil  pasangan itu untuk menerangkan spesifikasi komputer riba yang boleh dibeli dengan harga tersebut. Mujur mereka tidak jadi beli komputer di premis itu.

Katanya, dia  akhirnya menjadi perantara pasangan itu membeli komputer riba. Seorang mangsa dikenali sebagai Ayie berkata, dia pernah ditipu ketika membeli  telefon bimbit jenama Lenovo.

Ayie berkata, pekerja premis itu mengambil kesempatan menukar telefon kepada yang tidak asli ketika hendak mengambil hadiah pembelian.

“Pekerja berkenaan ke belakang dengan membawa telefon bimbit itu sekali. Selepas dia datang semula, saya pemeriksa dan terkejut bila telefon bimbit itu telah ditukar.

“Memang marah ketika itu dan berlaku sedikit pertengkaran. Majikan kedai itu meminta maaf,” katanya.

Insiden yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.

Pergaduhan dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh lelaki berkenaan ingin menukar telefon yang didakwa bukan dari set tulen lantas menimbulkan perbalahan dengan pekerja kedai terbabit.

sumber
http://ift.tt/1M1w7rL
http://ift.tt/1O0xTrC


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas