Monday, 13 July 2015

Isu Low Yat, Kes Curi Telefon, Bukan Perkauman- KPN

Isu Low Yat, Kes Curi Telefon, Bukan Perkauman- KPN |  "Apa yang berlaku adalah kes curi telefon. Tiada kaitan dengan kes penipuan oleh penjual telefon mahupun isu perkauman seperti mana yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab."

Isu Low Yat, Kes Curi Telefon, Bukan Perkauman- KPN

Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui wartawan selepas membuat tinjauan di Plaza Low Yat, petang tadi.

Khalid berkata, 19 suspek direman selama empat hari, bermula hari ini berhubung kes rusuhan dan pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat sejak Sabtu lalu dan merebak sehingga awal pagi tadi.

"Kita juga akan memantau medium media sosial yang menjadi tempat menyebarkan serta 'mengapi-apikan' berhubung isu berkenaan," katanya.

Beliau berkata, beberapa lagi blogger lain turut sama akan ditahan dan diambil tindakan kerana menyebarkan laporan yang sama sekali tidak benar.

"Salah seorangnya adalah Blogger Papagomo yang dikehendaki serah diri di Balai Polis sebelum pihak kami menahannya," katanya.

"Ini tiada kaitan langsung dengan kaitan termasuk isu perkauman. Perkara ini perlu ditangani segera.

"Pihak kami juga menyeru orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan laporan tidak benar.

"Pihak kami akan menyelesaikan perkara ini dengan segera dan orang ramai tidak perlu takut dan bimbang dengan kejadian rusuhan serta pergaduhan di Plaza Low Yat kerana semuanya berada dalam keadaan selamat," katanya.

sumber
http://ift.tt/1O6ggal


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas