Siti Saleha Impi Miliki Rumah Sendiri Tahun Hadapan, Tidak Mahu Terburu Soal Jodoh
Jika Neelofa dengan tudungya, Maya Karin dengan hartanahnya, bagi Siti Saleha pula, dia kini sedang berjinak-jinak di dalam perniagaan saham yang dianggap sangat berisiko jika kurang ilmu mengenai pengurusannya.
“Sebelum ini saya tidak pernah tahu mengenainya dan cuba belajar sikit demi sikit. Awalnya memang takut tapi saya cuba dengan modal sikit-sikit. Selepas lapan minggu mencuba, nampaknya ada sikit peningkatan memberangsangkan”
“Sasaran saya tahun hadapan untuk memiliki rumah sendiri. Selain kena berjimat cermat dalam berbelanja, saya kena cari cara untuk tingkat pendapatan. Saya juga ingin memiliki nama sendiri sperti jenama kasut atau pakaian sendiri satu hari nanti,” katanya kepada Metro Ahad.
Selain itu, pelakon ini juga dalam masa yang sama mengakui sudah lama tidak bertemu teman lelakinya yang berasal dari Portugal kerana jejaka tersebut kembali ke negara asalnya atas tanggungjawab keluarga. Saleha sendiri pun tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.
“Buat masa ini, saya okey saja sebab sibuk dengan penggambaran drama Uda dan Dara selama lima bulan. Jadi rasa ‘rindu’ itu kurang sikit terasa. Lagipun sesekali kami masih bertanya khabar melalui medium lain seperti Skype,” katanya.
from PenPanas

0 comments:
Post a Comment