Tuesday, 14 July 2015

PENGALAMAN BANGSA CINA KETIKA KES LOWYAT : "Saya Ditumbuk, Dihentam Dengan Helmet. Dibelasah Seramai 20 Orang, Namun


Walaupun pelbagai pihak cuba melabelkan insiden di Plaza Low Yat sebagai isu perkauman, namun saya amat jelas bahawa kejadian ini tidak mempunyai kaitan dengan kaum.
Selepas saya cedera dibelasah dalam kejadian itu, ramai rakan sekerja keturunan Melayu telah menghulurkan bantuan, anggota Jabatan Pertahanan Awam yang menghantar saya ke hospital ialah orang Melayu, doktor yang merawat saya juga orang Melayu.
Seperti yang diutarakan seorang kawan di Internet, kejadian ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkauman. Ketika berdepan bahaya, bantuan dihulurkan tanpa mengira kaum. Punca kejadian ini bukan perkauman tetapi kebodohan.
Saya pernah membuat liputan mengenai perhimpunan pelbagai skala sejak menjadi wartawan meja jenayah lima tahun lalu. Saya sebelum ini yakin dapat melolos diri daripada kekecohan dalam perhimpunan. Tanpa disangka, saya dibelasah kali ini.
Saya bekerja sesi malam pada Ahad. Apabila menerima maklumat mengenai kekecohan di Plaza Low Yat pada pukul 8 malam, saya bergegas ke lokasi kejadian bersama juru foto.
Selepas mendapat kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, saya dan rakan sejawat lain menulis berita dan edit gambar di kedai mamak berhampiran.
Tidak lama selepas pukul 12 tengah malam, kami kedengaran suara kecoh dari arah Plaza Low Yat.
Atas tanggungjawab sebagai petugas media, juru foto di sebelah saya terus bergegas ke lokasi bersama kameranya. Saya pula kekal di kedai mamak.
Tidak lama selepas itu, saya ternampak juru foto China Press dikejar dan dibelasah sekumpulan orang.
Dia terus berlari sebelum jatuh ditolak apabila menghampiri kedai mamak. Saya cuba menariknya keluar dari kelompok orang. Namun mereka terlalu ramai, juru foto China Press dikelilingi dan dibelasah 20 hingga 30 orang.
Dalam keadaan huru-hara, saya turut ditumbuk dan terkena hentaman helmet.
Pada ketika saya tidak berdaya berbuat apa-apa dan juru foto China Press dikasari, beberapa orang Melayu menolak perusuh berkenaan dan melindungi juru foto China Press. Saya segera berundur dan menggunakan peluang yang ada untuk berlari ke arah polis.
Walaupun dipukul, namun saya mendapati bahawa ramai rakan berlainan etnik sedia menghulurkan bantuan. Kita perlu menolak sebarang hujah yang bermotif perkauman.


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas