Wednesday, 22 July 2015

‘Papagomo Original’ Berjaya Ditahan Di Perak – KPN



SUSULAN isu pergaduhan di Low Yat, antara yang terbabit ditahan adalah blogger politik sensasi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris kerana didakwa mengapi-apikan isu perkauman.

Isu tambah panjang apabila terdapat akaun Facebook menggunakan nama Papagomo Original, memuatnaik paparan printscreen pada 20 Julai lalu kononnya itu perbualan menerusi WhatsApp dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid bagaimanapun menafikan pernah berhubung dengan individu ini menerusi satu kenyataan tegas ketika ditemubual pihak media, “Saya tidak pernah WhatsApps dia. Saya menafikan saya pernah ber Whatsapp dengan orang ini atau beruk ini.”

Peguam bagi Wan Muhammad Azri, Ahmad Shuaib Ismail pula memaklumkan, akaun Facebook Papagomo Original bukan kepunyaan anak guamannya.

Fullscreen capture 7222015 33710 PM

Dalam pada itu, pemerhatian Mynewshub ke atas akaun Facebook Papagomo Orginal mendapati status terakhir dimuatnaik sekitar jam 3.10 petang hari ini (Rabu) berbunyi, “Kalau saya ‘beruk’… Tan Sri pula apa? bodoh punya KPN barua ‪#‎Cina‬ DAPig babi ‪#‎HalauKiasu‬”.

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas