HUBUNGAN AARON AZIZ DENGAN ISTERI BERGOLAK ??
Pelakon Aaron Aziz memberitahu tiga anaknya merupakan kekuatan utama dalam hubungan rumah tangga dia dengan isteri Diyana Halik, 34, sehingga ia mampu bertahan hampir 12 tahun.Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 39, berkata, ketiga-tiga anaknya menjadikan dia lebih banyak bersabar selain menjadi peringatan agar sentiasa melalui kehidupan susah dan senang bersama isterinya itu.
"Hubungan kami tidak pernah diganggu oleh orang ketiga kerana bagi saya kuota untuk berkahwin tiga seperti yang selalu diperkatakan itu sudah dipenuhi oleh tiga orang anak saya."Pada saya anak-anak yang membuatkan hubungan kami kuat dan menjadikan saya lebih banyak bersabar," ujarnya
Pasangan yang berkahwin pada 3 Ogos 2003 itui dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 10, Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4.Dalam pada itu, Aaron tidak menafikan rumah tangganya turut melalui fasa pergolakkan dan diuji dengan pelbagai masalah.Bagaimanapun masalah tersebut dapat diselesaikan apabila ia tidak diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan masalah yang lebih berat.
"Setiap perkahwinan lima tahun atau 50 tahun sekalipun pasti akan ada masalah, ini kerana setiap perkahwinan akan sampai satu tahap yang akan diuji."Begitu juga kami, tapi saya dan Diyana mempunyai sifat yang kontra yang mana saya cepat marah dan kual membebel, manakala Diyana lebih banyak diam dan merajuk yang kadang-kadang sampai seminggu."Namun, perjalanan hubungan kami daripda tidak ada apa-apa hingga ke sekarang membuatkan kami lebih menghargai antara satu sama lain," ujarnya.
Aaron turut mengakui ramai kawan terdekat yang meminta pendapat dan nasihat daripadanya untuk melayari rumah tangga.Katanya, apa yang diamalkan dalam hubungan rumah tangganya selama ini ialah sentiasa berpegang kepada cinta, kasih dan amanah.
"Saya selalu lihat bagaimana hubungan ayah dan ibu saya, jadi saya aplikasikan dalam rumah tangga kami. Ada ramai kawan-kawan yang minta nasihat dan tip untuk mulakan fasa rumah tangga."Saya hanya berpegang kepada tiga prinsip iaitu pegang pada cinta, jika tiada cinta kita pegang pada kasih dan jika sudah tiada kasih, kita perlu jaga amanah yang dipertanggungjawabkan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aaron bakal tampil bergandingan dengan pelakon Siti Saleha dalam filem televisyen berjudul Cinta Paling Agung yang bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif sempena Aidilfitri bermula 17 Julai ini.Menerusi karya arahan sutradara terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo itu Aaron memainkan watak sebagai Khairi iaitu seorang lelaki yang telah berkahwin dengan Amyza dan mempunyai seorang anak bernama Hanna.
Rumah tangga Khairi dan Amyza bergolak apabila timbul orang ketiga iaitu Dewi lakonan pelakon Indonesia Zaskya Ada Meca.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment