HEBAT!!! 5 Artis Wanita Muda Malaysia Berstatus Jutawan
Yunalis Zarai 27,komposer dan penyanyi
Sudahlah cantik, solo dan popular, lima artis muda wanita tanah air ini sungguh bertuah apabila mampu hidup mewah berstatus jutawan hasil pendapatan dalam bidang seni,selain dibantu pendapatan tambahan sebagai duta produk dan kotrak lumayan melalui agensi pengurusan masing-masing.
Artis gred A dikatakan mampu berolehi kontrak bernilai lebih RM100,000 sebagai duta produk manakala selebriti gred B biasanya ditawarkan kontrak bernilai RM40,000 keatas.
Bagi tawaran berlakon atau bernyayi pula segelintir selebriti gred A meletakkan harga sekurang-kurangnya RM45,000 untuk sebuah persembahan bagi tempoh satu jam dan RM100.000 untuk memagang watak utama sebuah filem.
Pun begitu ia bergantung kepada budi bicara pengajur dan pengurusan artis yang mewakili mereka.Berikut disenaraikan selebriti wanita yang berjaya pada usia muda.
Antara selebriti muda paling mewah dengan pelbagai tawaran duta produk tempatan dan antara bangsa, kini penyayi ini dilapor memulakan kerjasama dengan penerbit terkemuka antarabangsa David Foster bernilai jutaan dollar Amerika selepas kontrak bersama The Fader Label tamat pada 2012.
Pun begitu,nilai kontrak sebenar bersama pengurusan koposer itu tidak didedahkan kepada umum. Yana juga menyayikan lagu runut bunyi (sound track) berjudul shine Your Way berduet bersama bersama kumpulan Owl City untuk filem animasi antarabangsa The Croods.
Untuk lagu itu, Yuna dilaporkan mendapat bayaran RM120,000. Penyanyi yang kini meluaskan tapak di Amerika syarikat itu turut menjadi duta kamera DSLR jenama Canon, telefon pintar samsung Galaxy Note, saluran televisyen berbayar LifeTime (Astro), kad debit Maybank, produk aplikasi sosial, KakaoTalk, media sosial sistem penerbangan Malaysia (MAS) dan terbaru sebagai duta kencantikan produk Olay.
Penyayi Penakut dan Terukir Di Bintang itu turut mempunyai butik sendiri,IAMJETFUEL yang terletak di Subang Jaya.
Konsert orkestra Yuna di Istana Budaya (IB) pada September 2013 turut membawa pulangan lumayan melebihi RM1 juta dan antara konsert paling berjaya pernah diadakan di IB.
Anggaran pendapatan tahunan selebriti ini,termasuk bayaran buat persembahan dalam dan luar negara serta royalti lagu ciptaannya,melebihi RM5 juta.
Shila Amzah,23,komposer dan penyayi.
Ketika diumumkan sebagai pemenangan pertandingan Asia Wave 2012 di Shanghai,Shila menerima kontrak pengurusan artis bersama Sanghai Media Group (SMG) selama enam tahun bernilai hampir RM5 juta.
Selain itu,Shila bergerak di bawah pengurusan di bawah pengurusan syarikat miliknya.Shila Amzah Entertainment Berhad dan Warner Music (Malaysia)Sdn Bhd.
Dari segi produk pula,shila turut mengikat kontrak tiga tahun sebagai duta produk Safi Balqis Perfect 10 sejak 2010.
Shila juga pernah menandatangani kontrak sebagai duta air minuman ringan jenama'Tinge' keluaran Spritzer.
Anak kepada penyayi kepada penyayi popular 1980-an ND Lala ini turut dilantik sebagai Dura Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia.Anggaran pendapatan tahunan Shila pula dipercayai mencecah hampir RM2.5 juta setahun.
Soo Wincci, 28, komposer, penyanyi dan model.
Penyandang Miss World Malaysia 2008,model tinggi lampai yang juga penyayi ini baru saja dinobatkan sebagai Indenpendent Critics bagi kategori 100 wajah paling Cantik Dunia 2013.
Soo Winnci pernah dilantik sebagai duta Samsung LED serta masih bergelar duta produk kecantikan Avon dan kasut jenama XES.
Dia juga dilantik sebagai duta kebajikan beberapa pertubuhan,antaranya Yayasan Keamanan Dunia,Pusat Kebajikan T-ratna dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
Penyayi lagu Terus Teranglah ini sering membuat persembahan nyayian di Taiwan dan beberapa negara Asia lain biarpun berbangsa cina, Soo Wincci turut mempunyai ramai peminat pelbagai kaum di Malaysia.Anggaran pendapatan tahunan Soo Winnci dipercayai mampu mencecah RM1.5 juta.
Neelofa,24,pengacara dan pelakon.
Selain memiliki produk kecantikan sendiri iatu Bella Vita, selebriti berasal dari Pasir Mas Kelantan ini tetap mengikat kontrak sebagai duta produk jenama tempatan dan antarabangsa.
Antara yang popular aplikasi Sosial Line jam berjenama U2 Watch.produk kosmetik Avon,Petronas,Fashion Valet,Suzuki Swift baru dan tilam King Koil.
Anggaran pendapatan pelakon yang kini melanjutkan kursus jangka pendek dalam bidang lakonan di Akademi Filem New York(NYU)ini hampir RM1 juta.
Najwa Latif,18,komposer dan penyayi
Selebriti paling muda masuk dalam senarai ini mula mencipta nama melalui lagu Cinta Muka Buka dan terus menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air.
Usianya yang muda dan berstatus pelajar membuatkan Najwa lebih sesuai dilantik sebagai duta produk berkaitan,antaranya duta Unitar(Universiti Tun Abdul Razak)dan duta rasmi portal e-pembelajaran uni CLIQ.
Lagu ciptaannya turut menjadi juara carta beberapa setesen radio tempatan,antara paling banyak dimuat turun dan menjadi pilihan remaja sekolah.
Hasil pendapatan muat turun nada dering, persembahan didalam dan diluar negara dianggarkan berjumlah RM1 juta setahun.
Sumber Harian Metro 12/1/2014 ms/10 dan 11
Nota : Mungkin maklumat ini telah berubah.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment