Sayu : Akibat tekanan gadis baru kahwin tewas diperigi (4Gambar)
Wanita yang baru berkahwin beberapa bulan lalu itu dipercayai mengalami tekanan perasaan sebelum terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih kurang lima meter.
Mangsa berusia 27 tahun itu ditemui orang ramai dalam keadaan lemah dalam perigi berkenaan kerana disyaki berada dalam tempoh agak lama sebelum dibantu untuk keluar.
Wanita nyaris maut apabila terjatuh ke dalam perigi yang terletak di hadapan rumahnya di Tikam Batu di sini, semalam.
Bagaimanapun, setelah pelbagai cara dilakukan termasuk meletakkan tangga, wanita itu tetap gagal untuk naik ke atas menyebabkan bantuan pihak bomba diperlukan.
Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Yacob Ishak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bersama sebuah jentera dan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Pusat kawalan menerima panggilan pada jam 10 pagi dan setibanya ke lokasi kejadian didapati terdapat seorang wanita terjatuh ke dalam perigi terbabit.
“Namun, mangsa masih dalam keadaan sedar dan terapung dalam air dengan berpaut pada tangga kayu yang diletakkan dalam perigi terbabit untuk cubaan mengeluarkannya oleh penduduk kampung,” katanya.
Menurutnya, jentera pertama tiba pada jam 10.11 pagi mengambil masa beberapa minit sebelum operasi menyelamat selesai setelah berjaya naikkan mangsa pada jam 10.36 pagi.
"Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada ahli keluarga sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment