Friday, 25 September 2015

Punca Sebenar Rempuhan Hingga 700 Jemaah Haji Maut

Punca Sebenar Rempuhan Hingga 700 Jemaah Haji Maut : Saksi tragedi rempuhan di Mina yang membunuh lebih 700 jemaah haji menyalahkan pihak berkuasa Arab Saudi kerana gagal mengawal keadaan serta langkah pengurusan yang tidak cekap.

Punca Sebenar Rempuhan Hingga 700 Jemaah Haji Maut

Jemaah dari Libya, Ahmed Abu Bakr, 45, yang terselamat daripada maut ketika tragedi itu bersama ibunya, berkata orang terlalu ramai dan polis menutup hampir semua pintu keluar dari kawasan penempatan, kecuali satu.

“Saya nampak jemaah yang mati di depan saya, ada yang cedera dan ada yang kelemasan. Bersama anggota polis, kami mengalihkan mayat.

“Saya berpendapat anggota polis di situ tidak berpengalaman. Mereka tidak tahu jalan serta kawasan di sini,” katanya.

Punca Sebenar Rempuhan Hingga 700 Jemaah Haji Maut

Jemaah di Mina tinggal dalam kompleks khemah kalis api yang cukup menampung dua juta orang dan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan ia mengerah 100,000 anggota keselamatan, termasuk tentera, polis dan pasukan bantuan kecemasan.

Pengasas bersama Yayasan Penyelidikan Warisan Islam di Makkah, Irfan al-Alawi, dengan lantang mengkritik langkah pengurusan haji Arab Saudi.

Menurutnya, pemodenan kemudahan menunaikan haji tidak seimbang dengan kemahiran serta latihan anggota petugas dengan polis tiada kemahiran bahasa untuk komunikasi dengan jemaah asing yang menjadi majoriti jemaah.

“Mereka tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan jemaah asing lalu tidak dapat mengawal kumpulan jemaah yang besar,” katanya.

Jemaah dari Mesir, Mohammed Hasan, 39, berkata ramai tentera hanya berkumpul di satu tempat dan mendakwa dihina kerana berasal dari Mesir apabila anggota keselamatan yang mahu dia mengecam mayat mangsa, berkata kepadanya ‘ mari tengok mayat orang Mesir ini’.

Tragedi rempuhan itu berlaku di luar bangunan lima tingkat Kompleks Jamarat yang dibina dan diperbesar sejak 10 tahun lalu untuk menjamin keselamatan jemaah dengan kos lebih AS$1 bilion.

Kompleks itu dimasuki melalui jambatan lebar sepanjang hampir satu kilometer membolehkan 300,000 jemaah melakukan rukun melontar setiap jam.

Tidak seperti jambatan itu yang lebar, jalan dalam kawasan penempatan jemaah di Mina, sempit. Jalan tempat tragedi semalam, hanya seluas 12 meter lebar dengan pagar besi yang tinggi di kiri dan kanan memisahkannya dengan khemah penempatan jemaah.

Punca Sebenar Rempuhan Hingga 700 Jemaah Haji Maut

Seorang jemaah Mesir yang mahu dikenali sebagai Ahmed, berkata bukan jemaah yang patut dipersalahkan akibat tragedi semalam.

“Arab Saudi berbelanja besar tetapi tidak menguruskannya dengan baik, terutama kawalan lalu lintas pergerakan keluar masuk jemaah di kawasan perkhemahan.

“Sepatutnya perlu ada jalan masuk dan keluar berasingan. Jalan sehala keluar ke Jamarat dan jalan sehala pulang dari Jamarat.

“Jika ada anggota polis di setiap simpang dan menguruskan lalu lintas jemaah, tragedi ini boleh dielakkan,” katanya. - AFP

sumber
http://ift.tt/1Jt9Jlg?


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas