“Memey Tahu Bagaimana Nak Sejukkan Hati Saya”
Mengakui ketika di awal perkahwinan mereka penuh dengan perkara pahit untuk dikongsikan, akhirnya pujukan Norman Hakim agar isterinya, Memey Suhaiza bersabar dengan situasi tersebut, akhirnya membuahkan hasil yang manis.
“Setiap perkara yang baik itu pasti ada cabaran dan saya anggap kepayahan kami dahulu sebagai sebuah ujian. Alhamdulillah, berkat doa kami yang tidak pernah jemu, kehidupan kini jauh lebih baik daripada apa yang kami impikan,” jelas Norman kepada Kosmo!
Selain itu, tambah pelakon ini lagi, dia turut melihat perubahan Memey bermula daripada seorang gadis sehinggalah kepada seorang ibu yang kini sudah pandai mengurus rumah tangga malah turut bijak dalam menyejukkan hatinya ketika marah.
“Bukan saya hendak memuji isteri sendiri, tetapi Memey bukan seorang wanita yang sukar untuk dijaga dan disayangi. Dia jarang merajuk dan tahu bagaimana hendak menyejukkan hati apabila saya dalam keadaan marah”
“Apabila ditanya, Memey kata, dia mengambil panduan ibu bapanya yang tidak pernah bergaduh besar, sentiasa berkasih sayang dan tidak membesarkan hal remeh-temeh hingga merosakkan hubungan suami isteri,” jelas Norman sambil memberitahu bahawa dia lebih banyak berleter daripada Memey.
Semoga perkahwinan pasangan ini akan terus bahagia dan bidang perniagaan mereka akan terus mahu. Malah rata-rata peminat pasangan ini juga turut mendoakan perkara yang sama
from PenPanas

0 comments:
Post a Comment