PANAS!! Che Ta tinggalkan AF2015
$Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.
Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.
"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.
"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya.
Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.
"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya.
Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.
"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya.
- hmetro
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment