Friday, 4 September 2015

Mahathir Bukan Bangang Macam Sharizat Dan Tajuddin Rahman Kata Bekas Naib Ketua UMNO


Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi pesanan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, apa yang Shahrizat jalil perlu buat ialah menjelajah ke seluruh negara untuk beri pencerahan mengenai kes skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, ia bagi memudahkan rakyat agar faham secara jelas mengenai isu projek lembu itu yang telah menggegarkan negara satu masa dahulu.

“Buat yang itu cukuplah. Yang lain Shahrizat tak perlu kalut kerana imej dia pun bukan elok sangat,” katanya dalam kenyataannya di Facebook.

Shahrizat baru-baru ini ini berkata, ahli Wanita UMNO kecewa dengan Dr Mahathir kerana menyertai Bersih 4.0.

Khairuddin berkata, Shahrizat dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman patut diam dan cermin diri masing-masing sebelum mengkritik Dr Mahathir.

“Perjuangan Dr Mahathir amat mementingkan kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair. Di dalam jiwa beliau kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan peribadi. Bukan seperti ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO masa kini.

“Tajuddin Rahman dan Shahrizat jangan kalut sangat. Jagalah diri mereka sendiri baik-baik agar jangan terjebak dengan unsur-unsur rasuah dan sebagainya. Mengenai pendirian Dr Mahathir tak perlulah mereka gusar serta risau kerana beliau bukan bangang macam mereka,” tegasnya.

Katanya, Dr Mahathir menghadiri perhimpunan secara aman dan bercakap secara professional berteraskan fakta mematuhi undang-undang negara.

“Dr Mahathir terlalu berpegang kuat pada prinsip perjuangan berteraskan kebenaran. Beliau hadir ke perhimpunan BERSIH 4 untuk bertanya khabar pada rakyat jelata dan bukan menganjurkan huru-hara pun.

“Kalau sesuatu perkara salah, beliau akan kata salah tanpa peduli siapa yang mekakukan kesalahan tersebut. Itu sifat semulajadi serta prinsip beliau . Tapi puak kaki-kaki bodek dalam UMNO tak berapa berkenan pada sesiapa yang dok hentam kemungkaran mereka,” katanya lapor Free Malaysia Today




from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas