Monday, 21 September 2015

Foto Pasangan 'Toyol' Mencuri Tabung Masjid

AMAT MEMALUKAN apabila sepasang kekasih yang bersikap mencuri dan memecah tabung masjid untuk kepentingan diri sendiri.

Kes mencuri duit daripada tabung masjid bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah banyak kali kejadian seumpamanya dirakamkan menerusi kamera pengawasan litar tertutup (CCTV).

Terbaru, sepasang kekasih di Melaka dikatakan cuba untuk mencuri tabung Masjid Asyakirin, Bachang namun terbantut apabila gagal membuka peti besi berkenaaan.

Menerusi beberapa suntingan gambar daripada CCTV yang bertarikh 17 September, kira-kira pada jam 3 petang, gelagat pasangan tersebut yang berpura-pura untuk bersolat sebelum cuba memecah tabung di ruang solat lelaki dirakam kamera litar tertutup masjid berkenaan sebelum kes itu menjadi viral di laman sosial Facebook, sejak kelmarin.
Menurut portal Harian Metro, seperti mana yang dinyatakan oleh Pengerusi Masjid Asyakirin, Mohamad Ismail, 76, pihak masjid menyedari tabung berkenaan cuba dipecahkan selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.
P/S : Tiada cara senang untuk mendapatkan wang. Semoga dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah kepada pencuri ini.

Sumber : Hmetro

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas