Thursday, 3 September 2015

DISEBALIK Kisah Kecekalan Seorang Bapa,Nasihat Berguna Kepada Ibu Bapa Di Luar Sana...

Masih ingatkah lagi anda kisah seorang bapa hebat sebulan lalu di mana kisah bapa bernama Mohd Reza Bin Samsudin yang membawa tiga orang anaknya pulang ke kampung dari Sepang ke Pulau Pinang hanya menaiki sebuah motosikal Ex5.

Kisah ayah hebat ini telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia yang bersimpati dengan beliau memandang jarak perjalanan dari Sepang ke kampungnya amatlah jauh.

Alhamdulillah, rezeki abang Reza murah apabila dikatakan sumbangan yang diberikan kepadanya mencurah-curah dan ada yang mendermakan kereta kepada beliau.

Apa yang menarik, selepas menjadi viral pergerakan pulang beliau bersama anak-anaknya melalui Projek lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk pulang ke Sepang telah menjadi perhatian di mana kebanyakkan mereka yang terjumpa beliau pasti akan menegur, mengambil gambar, hendak tumpangkan mereka dan tidak kurang yang memberikan sedikit bantuan kewangan kepadanya.

Kisah bapa cekal dan hebat ini telah menarik perhatian media di mana abang Reza telah dijemput ke studio Stesen TV Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum.

Semasa ditemubual stesen TV berkenaan kata-kata abang Reza yang cukup membuatkan air mata anda yang melihatnya mengalir.

Percakapan dan kisah yang Abang Reza ceritakan ini telah ditulis semula pengguna Facebbok bernama Syikin Jana di mana perkongsiian beliau telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Berikut adalah kisah yang diceritakan dan dikongsikan oleh Puan Syikin.

Kisah ayah yang bawa 3 anak naik motor dari Sepang pulang ke Penang..

Mata hamba masuk habuk

Dari Sepang 6 pagi sampai Penang 10 malam.

Bukan tak sayang anak
Saya tahu ini merbahaya
Tapi tidak mempunyai pilihan
Duit saya hanya RM50 dalam poket
Saya hanya berTawakal kepada Allah

Anak anak enjoy dalam perjalanan
Ramai yang nak tumpangkan
Tapi saya taknak menyusahkan orang
Lebih dari 10 orang nak membantu

Terima kasih rakyat Malaysia
Kerana prihatin kepada kami
Ramai yang bagi duit raya pada anak saya

Anak belajar nilai kesusahan
Dari situ mereka belajar sesuatu
14 jam perjalanan mengajar mereka
Tentang prihatin dan kemanusiaan

Pesanan En Reza
Dalam apa situasi
Jangan lupa Allah
Setiap masalah
Allah dah ada jalan penyelesaian
Usaha sedaya upaya yang kita mampu

Bila ada masalah
Jangan mengadu pada manusia
Mengadu pada Allah
Ikhtiar dan tawakal
Yakinlah
Allah ada susunan untuk kita

- Siakapkeli.my



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas