Tuesday, 1 September 2015

12 Gambar : Baju mandi dari beg plastik trend terkini yang tak masuk akal

Dikala negara ingin mengurangkan penggunaan beg plastik bagi menyelamatkan alam sekitar yang mana beg plastik adalah paling susah untuk dilupuskan.

Namun lain pula di Taiwan jika dilihat kini trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini, kemunculan trend tumbuhan kecil di kepala ternyata menjadi perhatian netizen di Beijing.
Kini, anak-anak muda di sana sekali lagi mencetuskan fenomena baharu dengan fesyen pelik iaitu baju mandi daripada beg plastik yang menjadi ikutan ramai.









Trend ini khususnya menjadi ikutan para gadis dan remaja di sana. Ia diperbuat daripada beg plastik yang selalu digunakan.
Dengan menggunakan kepakaran masing-masing, plastik dari kedai serbaneka 7-Eleven dilihat menjadi pilihan ramai.
Fesyen terbaru itu mula menular selepas seorang gadis memuat naik gambarnya di laman sosial facebook dan rata-rata ‘memuji’ gadis itu kerana boleh menjadi duta alam sekitar.
Namun ada juga masyarakat yang mendakwa gadis tersebut hanya mahu menayang tubuh badannya kepada orang ramai.
Entah apa yang menarik di mata mereka tetapi hasilnya boleh dikatakan agak kreatif serta mendapat sambutan orang ramai. Mungkin lepas ini mereka semua boleh jimat daripada membeli baju renang untuk ke pantai. – MNH


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas