Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tuntut 2 Pegawainya Di Pulangkan
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tuntut 2 Pegawainya Di Pulangkan | "Pegawai saya bertindak atas arahan saya, segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti,” demikian reaksi Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull selepas dua pegawai kanannya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta-merta.
Dilaporkan, beliau juga menuntut kembali agar dua pegawai kanannya dipulangkan semula oleh JPM.
Malahan, beliau bersedia menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.
Petang tadi, dua pengarah berkenaan iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta merta ke JPM.
Sumber dalaman berkata, kedua-dua pengarah itu diarah melaporkan diri Isnin ini.
“Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu pada hari ini,” katanya.
Bahri dilihat keluar dari pejabatnya buat kali terakhir pada 6.30 petang sambil melambaikan tangannya kepada media.
Rohaizat ketika ditemui aras bawah Ibu Pejabat SPRM memohon maaf kepada media dan enggan mengeluarkan sebarang komen.
“Minta maaf, saya tiada komen. Terima kasih,” katanya.
Sebelum ini Bahri dalam satu kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Katanya, pihaknya tidak ada masa berpolitik tetapi akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dan diharapkan oleh rakyat.
Manakala Rohaizad pula menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai ke Ibu Pejabat SPRM bagi menyatakan sokongan kepada kakitangan agensi penguatkuasaan berkenaan.
sumber
http://ift.tt/1IwcCTh

from PenPanas
0 comments:
Post a Comment