Ayu Raudhah TUNTUT JANJI Zaquan Adha Selepas Empat Tahun Diri Rumah Tangga
Suatu Masa dahulu nama Ayu Raudhah sentiasa menghiasi kaca-kca televisyen dengan melakonkan pelbagai watak yang sudah pasti memberikan kesan yang menarik melalui lakonannya.
Namun sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abdul Razak, pada 2011 lalu, beliau telah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan kini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Tetapi dalam kesibukan menguruskan keluarga Ayu sempat juga berlakon dan berjaya melakar kejayaan tersendiri apabila tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah, pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27).
"Sudah tentunya saya terkejut, tergamam dan teruja. Perasaan saya bercampur baur sehingga tak tahu nak cakap apa.
"Alhamdulillah, syukur di atas pencalonan ini. Walaupun hanya tercalon, tapi bagi saya ia bagaikan satu pengiktirafan yang besar apatah lagi ini adalah yang kali pertama.
"Malah, saya juga akan menuntut janji dari suami yang memberitahu akan menemani jika saya tercalon untuk mana-mana anugerah walaupun suami bukanlah seorang yang gemar hadir ke majlis-majlis hiburan," katanya dipetik dari Sinar Online.
Mengakui merindu untuk kembali berlakon, aktress berkenaan mengakui mula mengehadkan aktiviti seni sejak kelahiran anak keduanya, Muhammad Aisy Aryan yang kini berusia setahun 3 bulan.
"Buat masa ini, saya memang tidak berlakon kerana anak-anak masih kecil dan sedang menyusu badan. Tambahan pula, saya kini menetap di Johor Bharu.
"Jadi, ia menyukarkan sedikit pergerakan saya dan membuatkan saya terus berasa selesa menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh tangga," katanya.
Jelasnya, keputusan itu dibuat atas kerelaannya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh suaminya.
"Suami adalah seorang yang sangat memahami dan menyokong apa sahaja yang ingin saya lakukan.
"Walaupun tidak berlakon, saya mempunyai perniagaan tudung Zeta En Rawdah di bawah koleksi Padusi yang diusahakan bersama kakak, Rozita Che Wan. Setakat ini, saya lebih selesa berniaga kerana waktunya yang fleksibel.
"Bahkan, kadang-kadang suami akan ke luar negeri kerana tugasnya sebagai pemain bola sepak, jadi saya akan pastikan salah seorang akan ada di rumah menjaga anak," katanya.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment