Friday, 7 August 2015

2 Pengarah SPRM Kena Tukar Serta Merta

2 Pengarah SPRM Kena Tukar Serta Merta | Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

2 Pengarah SPRM Kena Tukar Serta Merta

Sumber dalaman berkata, kedua-dua pengarah itu diarah melaporkan diri Isnin ini.

“Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu pada hari ini” katanya.

Bahri dilihat keluar dari pejabatnya buat kali terakhir pada 6.30 petang sambil melambaikan tangannya kepada media.

Rohaizat ketika ditemui aras bawah Ibu Pejabat SPRM memohon maaf kepada media dan enggan mengeluarkan sebarang komen.

“Minta maaf, saya tiada komen. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini Bahri dalam satu kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn. Bhd.

Katanya, pihaknya tidak ada masa berpolitik tetapi akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dan diharapkan oleh rakyat.

Manakala Rohaizad pula  menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai ke Ibu Pejabat SPRM bagi menyatakan sokongan kepada kakitangan agensi penguatkuasaan berkenaan.

sumber
http://ift.tt/1Iwac73


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas