Sunday, 9 August 2015

Sayu : Dua maut payung terjun tersangkut atas pokok di Gunung Jerai ( 8Gambar )

Gurun: Dua lelaki berusia 32 dan 52 tahun dari Kelab Sukan Udara Negeri Perlis maut selepas terbabit dalam nahas payung terjun dan tersangkut di atas pokok di tebing curam lebih kurang empat kilometer dari puncak Gunung Jerai jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.53 tengah hari dan tiba di lokasi pada 2 petang.






Ringkasan Kejadian :

TARIKH KEJADIAN: 9.8.2015 ( AHAD )
JENIS KEJADIAN: NAHAS PAYUNG TERJUN
ALAMAT: PUNCAK GUNUNG JERAI, GURUN, KEDAH
MASA TERIMA PANGGILAN: 1253:32
MASA JENTERA PERTAMA SAMPAI : 1409:24

JUMLAH JENTERA: FRT SG PETANI 1, FRT GUAR CHEMPEDAK-1, UTILITI 4X4 – 4, JENTERA EMRS- 1, UTILITI KEMBARA-1
KEANGGOTAAN : PgKB I-2, PgKB II-2, PPgB- 2, PBK I-1, PBK II-3, PB-13
NAMA KOMANDER OPERASI : PgKB I NAZRI BIN ZAKARIA
NO TEL KOMANDER OPERASI : 019-4443346

LAPORAN AWAL KOMANDER OPERASI :
SETIBANYA JENTERA BOMBA DI LOKASI KEJADIAN DIDAPATI TERDAPAT 2 ORANG MANGSA DARI KELAB SUKAN UDARA NEGERI PERLIS TELAH TERLIBAT NAHAS PAYUNG TERJUN DAN TERSANGKUT DI ATAS POKOK YANG BERADA DI TEBING CURAM LEBIH KURANG 4 KM MENUJU KE PUNCAK GUNUNG JERAI. KEDUA-DUA MANGSA TELAH DITURUNKAN DARI POKOK OLEH ORANG AWAM DAN DIPERCAYAI TELAH MENINGGAL DUNIA. TINDAKAN OPERASI MEMBAWA TURUN MANGSA DARI TEBING CURAM MENGGUNAKAN TALI OLEH PIHAK BOMBA SEDANG DILAKUKAN. KETINGGIAN TEBING DIANGGARKAN LEBIH KURANG 50 METER.
LAIN-LAIN BANTUAN :
PDRM , AMBULAN KKM DAN AMBULAN ST JOHN
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN.
PGO KEDAH

*Sebarang kemusykilan @ pertanyaan @ sebarang info terbaru mengenai kejadian, sila INBOX/MESSAGE pihak kami segera untuk tindakan susulan.
- Mieyè
Niezacrew

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia adalah Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52, di mana operasi membawa mayat turun sedang dijalankan.

“Bomba terpaksa menggunakan tali untuk membawa mangsa turun dari tebing curam dianggarkan berketinggian 50 meter.

“Seramai 23 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani dan Guar Cempedak, di sini terbabit dalam operasi itu,” katanya. -Alfatihah, R.I.P  Credit BS HM



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas