Sunday, 9 August 2015

SAH, Noor Dayana Hamil 4 Bulan

SAH, Noor Dayana Hamil 4 Bulan | Isteri pertama kepada aktor dan penerbit Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman, 28, sedang hamil anak sulung mereka. Kini kandungan Dayana sudah memasuki usia empat bulan.


“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini,” kata Ashraf kepada Murai.

Teruja dengan kehamilan Dayana, Ashraf bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan kandungan Dayana di awal usia kehamilan.

“Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil,” kata Ashraf yang berusia 34 tahun.

Ashraf yang bakal menerima kehadiran dua orang anak sekaligus pada tahun ini juga mendedahkan yang dia akan menjaga kedua-dua isterinya itu dengan adil dan saksama.

“Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya  dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf lagi.

Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung?

Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah.

Selepas itu, pelakon filem Aku Masih Dara ini mencetuskan kontroversi apabila mengahwini  Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013lalu.

Hasil perkahwinan Ashraf dengan Wan Sakinah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun.

sumber
http://ift.tt/1NjyLYk


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas