LUAHAN BEKAS SUAMI – USAHA RUJUK GAGAL, TERKEJUT RAJA FARAH BAKAL BERKAHWIN
Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Megat berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bekas isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh antara mereka.
“Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia. Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan,” katanya yang dihubungi mStar Online.
Raja Farah membuat pengumuman bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 33 tahun tidak lama lagi. Aktres itu telah melangsungkan majlis pertunangannya pada sebelah pagi di kediamannya yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Bagaimanapun, Raja Farah enggan mendedahkan identiti bakal suaminya sehinggalah pada hari pernikahan mereka iaitu pada satu tarikh yang akan akan diberitahu kemudian.
Sementara itu, Megat turut menasihatkan kepada orang ramai terutamanya netizen untuk tidak berprasangka buruk terhadap aktres itu.
“Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya,” ujarnya.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment