Biodata & Foto Terkini Feeya Iskandar
Nama Sebenar: Nor Shafiza Iskandar Azizan
Asal: Pasir Gudang, Johor
Usia: 22 tahun
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Pengurusan Seni, UiTM
Status: Bujang
Kerjaya: Penyampai radio/pelakon
Drama: Kasih Alia dan Jamilah I Love U
Sembang Feeya
Ada impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi?: Mestilah ada!
Impian/cita-cita yang sudah terlaksana: Habis belajar dan dapat kerja
Impian yang belum terlaksana, bila nak laksanakan?: Banyak lagi impian saya. InsyaAllah, tunggu lagi beberapa tahun untuk laksanakan semua tu...
Adakah anda sangat teruja menjadi seorang penyampai radio?: Haruslah teruja! Satu Malaysia dengar suara saya! Malaysia Boleh!
Apa yang menarik sangat tentang seorang penyampai radio?: Best sebab membebel sorang-sorang, orang tak nampak pun, tak perlu nak cover cantik sebab tak keluar TV...nak pakai baju tidur pergi kerja pun okay!
KRU atau 4U2C? (beritahu kenapa): KRU sebab dari dulu memang dah minat, sampai sekarang diorang tetap maintain je.
Hujan atau Bunkface? (beritahu kenapa): Hujan - sebab lagu-lagu mereka best!
Britney Spears atau Rihanna? (beritahu kenapa): Suka Rihanna! Dia sangat style lah!
Apakah warna sarung bantal kegemaran anda?: Merah jambu!
Sekiranya anda adalah ‘sekeping biskut’, biskut perasa apakah pilihan anda?: Biskut coklat!
Di manakah tempat paling best kalau nak makan malam di rumah?: Kat ruang tamu depan TV, atas sofa. Bila dah kenyang terus baring atas sofa tu ahhahah buruk perangai!
Pernah berjalan dalam tidur?: Rasanya pernah kot...
Pernahkah anda dibuli sewaktu kecil?: Saya suka buli orang, dulu saya nakal!
Selebriti Malaysia yang manakah paling bijak berfesyen?: Rozita Che Wan. Dia pakai apa pun tetap cantik ;)
Berikan satu tajuk lagu yang menjadi kegemaran anda dari dulu sehingga ke hari ini: Gadis dan Bunga, dendangan Rahimah Rahim
Bayangkan anda pulang ke rumah, buka peti sejuk, apakah benda pertama yang anda akan cari: Saya cari lauk semalam, yang tak habis dimakan, kemudia nak panaskan. Lepas tu, terus ngggap! Tak payah masak dah!
Anda ada berapa pasang kasut di rumah?: Banyak! Saya suka kumpul kasut ;)
Sekiranya anda terjumpa seekor orang utan, di manakah akan anda sembunyikan haiwan comel tersebut?: Saya akan minta tolong pada kakak angkat saya, Raja Faraa supaya tolong jaga dan sembunyikan kat rumah dia! (Hahaha! Bole tak Kak Faraa? Pleaseeeeeee?)
Apakah filem yang paling best pernah anda tonton pada tahun 2000?: Dah lupa...
Sekiranya anda sebatang pokok, jenis pokok apakah anda akan jadi?: Pokok yang tak berapa tinggi lah..
Sudahkah anda berteman/berkahwin?: Tak nak jawab boleh?
Bercuti di pulau atau bermain salji?: Pulau…aman dan tenang je rasa
Pernahkah anda bercakap dengan haiwan perliharaan anda?: Saya ni penakut dengan binatang, jadi saya rasa tak payahlah ada haiwan peliharaan.
Tahukah anda bagaimana cara untuk masak nasi goreng Pattaya? Berikan cara paling senang…Goreng nasi, goreng telur dadar, lepas tu bungkuskan nasi dgn telur tu je. Siap!
Primadona Melayu paling anda kagumi: Saloma!
Hero filem Melayu yang paling gagah pernah anda minati: Rosyam Nor.
Perkara yang pasti membuatkan anda tersenyum sendirian?: Bila teringat peristiwa yang melucukan kot?
Namakan satu tabiat buruk kawan baik anda yang nak sangat anda betulkan: Kawan saya ni banyak sangat cakap, kalah penyampai radio! Kalau boleh saya nak suruh dia jadi pendiam selama 5 minit setiap jam!
Perkara paling sweet tentang kawan baik anda: Dia rajin masak untuk saya...
Lagu paling suka anda dengar di ERA fm: Lagu-lagu jiwang...
Biodata Profil Feeya (Penyampai Radio EraFM) @ Lirikami
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment