TERKINI!!! FACEBOOK Akan Di Tutup @Disekat Serta Merta Bermula Selasa Ini - Zahid Hamidi
Akses Facebook Akan Disekat Di Malaysia - Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China bagi menyekat akses ke laman web sosial Facebook sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan serta tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu bagi menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan mekanisme untuk menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah”
Demikian sewaktu diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial tersebut.
Pada masa yang sama beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dalam menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.
“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan agar mereka yang bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah”
Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin juga turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna bagi tujuan negatif seperti mana laman web lucah
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment