Tuesday, 18 August 2015

Sayu : Selfie terakhir Dita pramugari Trigana Air sebelum terhempas (5Gambar)

Bangkai pesawat Trigana Air ditemui dalam keadaan hancur akibat terhempas di kawasan Gunung Tangok, daerah Okbape, wilayah Pegunungan Bintang di Papua, tengah hari tadi.

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) turut menemui kesemua 54 penumpang termasuk lima kru pesawat komersial itu yang dilaporkan maut dalam nahas berkenaan.

Salah satu pramugari yang turut terbang bersama Trigana Air yang jatuh pada 16.08 adalah Dita Amelia Kurniawan. Dita adalah bekas pelajar SMPN 53 Jakarta dan lulusan SMAN 52 Jakarta. 




Lokasi pesawat terhempas
Sebelum terbang pada Minggu (16/8), Dita sempat update status di akaun Path miliknya. Dalam blog pribadinya, dia memberitahu bahwa Dita ingin sekali tinggal di Paris, Perancis suatu hari nanti. Namun sayang, mimpinya itu belum kesampaian lagi . Bagi Dita, menjadi pramugari bukanlah suatu pekerjaan  tetapi merupakan sebagai hobi.

Pesawat ATR 42 milik Trigana bernomor penerbangan IL 257 hilang saat terbang dari Sentani ke Oksibil. Pesawat terbang dari Sentani pukul 14.22.

Pesawat itu membawa 49 penumpang dan kesemuanya adalah rakyat tempatan iaitu 44 dewasa termasuk empat petugas Pos Indonesia, dua kanak-kanak dan tiga bayi.
 
Lima anak kapal terbabit ialah juruterbang yang dikenali sebagai Hasanudin, pembantunya Ariadin, juruteknik Mario, dan dua pramugari Dita dan Ika. Al-fatihah. Credit m.sooperboy


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas