Friday, 7 August 2015

Sayu : Punca bayi comel ini meninggal dunia amat mengejutkan ( 4Gambar )

Kuantan : Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia malam tadi akibat pendarahan di kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pengasuhnya, terdapat benjolan besar di bahagian belakang kepala mangsa.
Mohamad Haziq Izzudin Mohd. Safari meninggal dunia kira-kira 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi Rabu lalu yang memaklumkan anaknya tersedak susu.
“Sebaik tiba di rumah pengasuh, ibu mangsa mendapati bayinya dalam keadaan lemah dan muntah darah serta terdapat kesan benjol di belakang kepalanya.
“Ibu mangsa membawa bayinya ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke HTAA petang semalam berikutan keadaanya semakin kritikal.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 11.50 malam tadi,” katanya. Alfatihah -BS Credit HM 


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas