Sayu : Makkkk !! Anak tatap wajah ibu nya buat kali terakhir ( 4 Gambar )
Abdul Rahman 63 tahun anak kepada arwah Nenek Meliah 101 tahun yang menghembus nafas terakhir malam tadi menatap wajah ibu nya nenek Meliah yang telah menjaga nya selama 63 tahun.
Suasana tersebut menyebabkan ramai yang belinang air mata sedih apa yang berlaku yang mana pemisah kasih antara ibu dan anak.
Jenazah nenek Meliah di kebumikan pada 3.30 petang di Tanah Perkuburan Masjid Nako Nambua Kuala Nerang.
Meliah Md Diah yang tidak mengalami sebarang penyakit kronik meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi di sisi anak lelakinya itu, Abdul Rahman Saud, 63, selepas mengadu sesak nafas.
Anak saudaranya Siti Jaleha Yunus, 59, berkata ibu saudaranya itu mengadu sesak nafas kira-kira pukul 7.30 malam ketika berada dirumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah anak saudaranya itu.
Katanya bimbang mengenai keselamatan warga emas itu, keluarganya mengambil keputusan membawa dua beranak itu untuk tinggal bersama mereka bagi memantau keadaan kesihatan Meliah.
"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika berada di sisi anaknya.
Kami sudah beritahu Abdul Rahman mengenai ibunya. Walaupun dia OKU tetapi dia faham dan mendiamkan diri sahaja," katanya di sini, pada Jumaat.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan Abd Rahman tabah kehilangan ibundanya tercinta. Al-fatihah - BS
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment