Saturday, 1 August 2015

SAYU !! Luahan Hati Mohd Rosli ‘Raef Uqael Dah Tiada’

Kuala Lumpur: “Kami sudah ikhtiar buat yang terbaik, tapi ini kehendak Allah tak dapat diubah, ajalnya sampai juga,” kata Mohd Rosli Abdul Rani,38, bapa kepada Raef Uqael yang meninggal dunia malam kelmarin selepas lebih tiga tahun menderita penyakit Biliary Atreasia atau kegagalan hati berfungsi tahap akhir.

Raef Uqael berusia empat tahun meninggal dunia pada jam 8.20 malam kelmarin ketika sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Shanghai Children Medical Center, Shanghai, China.

Menurut Mohd Rosli, dia menerima kehilangan anak tunggal mereka itu sebagai ujian daripada Allah.

“Saya tak terkilan sebab sudah berusaha sehabis baik untuk memulihkan masalah kesihatan anak kami selama dua bulan di sini (Shanghai).

“Cuma kami sedikit sedih lagi-lagi isteri saya sebab kami rasa macam ada harapan untuk anak kami itu sembuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. lapor myMetro.

from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas