ROZITA CHE WAN RAIH RM1.2 JUTA DALAM MASA DUA HARI?
Hanya melalui jualan minyak wangi jenamanya sendiri, siapa sangka Che Ta kini telah berjaya meraih hampir RM1.2 juta hanya dalam masa dua hari, satu sambutan yang cukup hangat berbanding perniagaan lain yang diceburinya.
“Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari. Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha…Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut”
“Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula”
“Tak tahulah bagaimana penerimaannya. Harap-harap sempatlah saya buat pelancaran produk minyak wangi ini, barulah nampak teratur dan diyakini ramai,” jelasnya kepada mStar Online.
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment