Jawapan Terbaru Perdana Menteri Tentang Dana RM 2.6 Bilion
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menegaskan SPRM dah mengesahkan bahawa derma politik yang diperolehnya bukan rasuah dan bukan dana daripada 1MDB.
Ini komen PM Najib:
Saya Tak Jual Negara
"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak,"
Dana Untuk Parti
"Sebagai Presiden, saya kutip dana untuk kepentingan parti. Zaman dulu saya banyak (beri) pertolongan pada bahagian, haji, banyak rumah pulih, bahagian dapat tiap bulan, pentadbiran. Jangan bila saya diserang kita tuang minyak.
"Sebab itu SPRM sudah kata, itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB. Selesai. Ia dah selesai," ujarnya.
Sedia Bentang Akaun
"Pembangkang jangan tuduh sahaja. Bila pilihan raya, (jumlah) bendera pun kalah kita (dengan pembangkang). Tuan-tuan ingat itu (bendera) percuma ke? Mengarut. Mereka (pembangkang) ada 'punca'. Jadi sama-sama kita bentangkan,"
Sumber: Awani
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment