Friday, 7 August 2015

(GAMBAR) ANAK SULUNG DIDIE ALIAS SELAMAT DIHIJAB KABUL

anak-sulung-didie-alias-dihijabkabulAnak sulung kepada artis serba boleh, Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan hari ini selamat menamatkan zaman bujangnya. Nur Dhaniyah sah bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari seorang pereka grafik, dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, aktor, Ridzuan Hashim.

Nur Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N’Dah Mahligai di sini.Majlis pernikahan itu dijalankan di hadapan juru nikah, Ustaz Muhammad Azwan.

Didie dan anaknya menitiskan air mata pada majlis yang turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua belah pihak. Didie ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira kerana detik penting majlis perkahwinan puteri sulungnya berjalan dengan sempurna.

anak sulung didie alias

“Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia,” katanya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin berlangsung hari ini di lokasi yang sama. [sumber: BH Online]



from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas