Tuesday, 18 August 2015

Foto terakhir 4 sekelurga rakyat Malaysia sebelum bom meletup

Butterworth: Dua lagi rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi berdarah letupan bom di tengah-tengah Bangkok kira-kira 7 malam waktu tempatan malam tadi.

Lebih memilukan, kedua-duanya adalah ahli keluarga dua rakyat Malaysia yang disahkan terkorban sebelum ini, sekali gus menjadikan empat sekeluarga rakyat Malaysia antara korban tragedi itu.

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Thailand ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, petang tadi.

Sebelum ini, dua yang dikenal pasti terkorban adalah Lim Siew Gaik, 49 dan anaknya, Neoh Kar Chun, 20.
Terkini, menantu Siew Gaik, Lee Ji Siang, 33, dan cucunya, Lee Jin Xuan, 4 pula disahkan terkorban.
Kakak Siew Gaik, Lim So See, 52, dipercayai masih hilang manakala suami Siew Gaik, Neoh Hock Guan, 55, dan anak mereka yang mengandung lima bulan, Neoh Ee Ling, 33, terselamat.

Jiran mangsa, Visen Lim Gim Seong,46, berkata, tujuh sekeluarga itu ke Bangkok pada 15 Ogos lalu dengan menaiki kereta api.

"Mereka sekeluarga kerap ke Thailand untuk membeli-belah dan sembahyang malah kali ini, Kah Chun yang masih menuntut di Taiwan turut menyertai percutian kali ini.

"Mereka semua memang rapat dan saya tidak menyangka tragedi ini akan berlaku kepada mereka sekeluarga," katanya. -HM ( R.I.P


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas