Apa Kata Muhyiddin & Shafie Afdal Tentang "Yes Man" Dalam Politik
Apa Kata Muhyiddin & Shafie Afdal Tentang "Yes Man" Dalam Politik | "I'm not yes man". Itu pendirian tegas yang dinyatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh 2015.
Muhyiddin berkata, beliau berani untuk bercakap benar meskipun kebenaran itu terlalu pahit untuk dirasai dan pada masa ini ramai yang tidak berani berbuat sedemikian.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggugurkan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dari barisan Kabinet baharunya.
Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga digugurkan dari barisan Kabinet.
Mohd Shafie sebelum ini turut menegaskan seorang pemimpin seharusnya sanggup menerima teguran bagi memastikan landasan perjuangan parti itu dapat dicapai.
Katanya, Umno perlu mempertingkatkan perjuangan dalam parti itu dan pemimpin mesti bersedia untuk menerima pandangan lain.
Terdahulu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga menegaskan seorang pemimpin seharusnya sanggup menerima teguran bagi memastikan landasan perjuangan parti itu dapat dicapai.
Beliau berkata, Umno perlu mempertingkatkan perjuangan dalam parti itu dan pemimpin mesti bersedia untuk menerima pandangan lain.
"Tingkatkan perjuangan dan dalam perjuangan, kita harus menerima hakikat, sebagai pemimpin bangsa, kita mesti sanggup ditegur dan menerima teguran.
"Takkan semua nak 'Yes Man, Yes Man'," katanya. Beliau turut mempersoalkan masih ada yang menafikan kedatangan beliau sebagai perasmi dalam mesyuarat Umno Bahagian.
"Saya merupakan pengasas Umno Sabah, tak mungkin saya dihalang hadir ke mesyuarat parti.
"Nak wujudkan Umno di Sabah juga bukan mudah. Walaupun sehari dua ini ada saya dengar nama saya dibatalkan untuk menjadi perasmi.
"Tapi mesyuarat ini bukan mesyuarat Menteri Luar dan Wilayah, ini mesyuarat Umno Wilayah, tidak akan luntur Umno saya ni," tegasnya.
Menurutnya lagi, menjadi lumrah pasang surut dalam politik dan beliau masih tetap setia bersama Umno.
sumber
http://ift.tt/1DAgDco
http://ift.tt/1K7Wg3v

from PenPanas
0 comments:
Post a Comment