8 Gambar : Majlis pembukaan Kedai Serbaneka 24 jam Zizan di KB
Biarpun dilahirkan di Terengganu, Zizan Razak mempunyai alasan tersendiri memilih untuk membuka kedai serbaneka pertamanya di Wakaf Che Yeh, di sini. Acara perasmian berlangsung sebentar tadi disempurnakan EXCO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood. "Ini cita-cita saya selama ini dan ia akhirnya jadi kenyataan.
Saya dahulu jenis yang susah tidur, maka saya akan melepak di kedai serbaneka 24 jam. Siapa sangka, tahun ini saya sendiri memiliki kedai serbaneka di bawah syarikat Zizan Group Sdn Bhd. "Ramai mungkin tertanya tanya kenapa saya memilih untuk membuka cawangan pertama di Kelantan. Saya ada alasan tersendiri atas beberapa sebab.
Orang Kelantan sendiri suka berniaga dan Alhamdulillah kehadiran saya di sini amat dialu- alukan.
"Visi Zizan Group sendiri juga mahu menjadikan kedai serbaneka termaju diusahakan Bumiputera dengan menawarkan harga berpatutan. Saya sedar dengan keadaan ekonomi sekarang, kehadiran ZizanMart dapat membantu rakyat membeli dengan bijak," kata pengacara Akademi Fantasia 2015 itu. Katanya, ZizanMart dibuka untuk menyenangkan orang ramai sekali gus membuka peluang perniagaan kepada golongan muda.
"Dengan keinginan untuk membuka banyak cawangan ZizanMart di seluruh negara, pastinya kami mahu membuka peluang untuk anak muda mendapatkan pekerjaan," katanya. Sementara itu, Abdul Fattah Mahmood berkata beliau memuji inisiatif Zizan dan syarikatnya untuk membuka kedai serbaneka itu.
"Kedai serbaneka ini dibuka berdasarkan (piawai) kerajaan negeri. Maknanya pihak Zizan peka dengan apa yang boleh dijual dan sebaliknya di kedai serbaneka beliau. "Harapnya usaha Zizan untuk terus membuka banyak cawangan serbaneka ini dapat membantu anak muda terutamanya golongan siswazah mendapatkan pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di Kelantan amnya," katanya. - BH,Media Hiburan
from PenPanas
0 comments:
Post a Comment