Monday, 17 August 2015

Wanita Kritikal ditetak Bekas Suami Kedua..

Seorang wanita berusia 41 tahun kini dalam keadaan kritikal dan terpaksa dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas ditetak bertalu-talu oleh bekas suami kedua, berhampiran rumah sewanya di Kampung Paya Goyang, Tedong, Merlimau, Jasin, di sini, tengah malam semalam.


Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi tadi, dipercayai mangsa sedang berbual dengan anak lelakinya, sebelum tiba-tiba suspek, bekas suami berusia 52 tahun, menerjah masuk rumah dan mengambil parang pemotong daging di dapur lalu mengarahkan mangsa dan tiga anaknya keluar dari rumah dan menaiki motosikal berlima.

Suspek membawa mangsa dan anak-anak sejauh kira-kira 1 kilometer ke ladang kelapa sawit sebelum dipercayai menetak mangsa bertubi-tubi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, akibat tetakan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan serius.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Jasin bertindak segera memburu mangsa di Negeri Sembilan, sebelum menahan suspek di Felda Bukit Puchong, Bera, Pahang, kira-kira jam 4 pagi tadi. - HM


from PenPanas

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive

statistics

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Copyright © Pen Panas
Design by Nazmi | Published for PenPanas